Want your
own Fotopage?






 
aqif & amin FotoPage

By: aqif amin falah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 11-Feb-2009 16:46 Email | Share | | Bookmark
Aqeqah


Amin macam tengah azan.


jaga adik


cik nani datang tengok amin.


Atok tengah potong tulang kambing.


Tokwan tengah potong daging kambing aqeqah buat amin.


Daging kambing aqeqah. Esok nak serah kepada uncle asri untuk masak kari dan jamu kepada jemaah surau dan jiran-jiran.
2 ekor kambing jantan telah dikorbankan untuk aqeqah amin.
Atok bersusah payah dapatkan daging kambing ini.
Start pukul 8.30 malam, abah, atok, tokwan, wan, cik nani dan cik yeda start memotong daging dan tulang kambing kecik-kecik untuk dibuat kari.
Wan masak kari kambing sedikit untuk rumah anak yatim.
Selesai pukul 1 pagi.

Esok pagi abah hantar daging kambing untuk sedekah kepada anak yatim.
Esok lepas isyak kita jamu jemaah surau dan jiran-jiran.

Aqif falah, 3 tahun, 4 bulan, 26 hari
Amin falah 12 hari.
bandar baru bangi

Care to comment?


Tuesday, 10-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sunat


Abang aqif dan atok temankan amin sunat.


Ibu, maktok dan abah pun temankan amin.


amin sedang sunat


amin berani


lepas ni nak sunak aqif pulak


semua lega amin dah selamat sunat.

Dalam masa 15 minit prosudur sunat selesai. Lepas ini nak buat kat abang aqif pulak. Tapi lama lagi. Rasanya umur abang aqif 6 tahun baru boleh buat. Sekarang ni doktor pun tak berani nak sunat abang aqif sebab abang aqif lasak sangat.

Aqif falah, 3 tahun, 4 bulan, 25 hari
Amin falah 11 hari.
hospital an nur, bandar baru bangi


Wahhh AMin dah sunat, Aqif lambat lagi ye?BTW om...just nak bagi tau,that this fotopages is 100% made in ISRAEL, kalau OM dah tau,it's up to you what to do..cuba tgk link ini:
http://www.whois.net/whois_new.cgi?d=fotopages.com&tld=com
Wed 11-Feb-2009 16:41
Posted by:wan chu
terima kasih wan cu bagitau fotopages ini israel punya. tapi buat masa ini farid kekal guna fotopages ini. Wed 11-Feb-2009 17:06
Posted by:farid
Add comment


Monday, 9-Feb-2009 15:19 Email | Share | | Bookmark
Le Tour de Langkawi








aqif falah 3 tahun, 4 bulan, 24 hari
amin falah 10 hari
bandar baru bangi

Care to comment?


Monday, 9-Feb-2009 08:36 Email | Share | | Bookmark
Amin botak

maktok cukur rambut amin sampai botak. Rambut amin akan ditimbang dan dinilai mengikut nilai emas untuk didermakan kepada anak yatim. Ibu, Abah,Abang aqif,Tokwan, Atok, Wan jadi saksi amin dibotakkan.
Hari khamis ini kita buat aqeqah untuk amin. Aqeqah kambing. Buat masak kari kambing. Jamu pada jemaah surau dan jiran jiran.
Sebagai tanda kesyukuran kelahiran amin dimuka bumi ini. Semoga amin menjadi anak yang beriman dan dirahmati Allah. Amin.
Kambing yang dikorbankan akan menjadi tunggangan amin diakhirat kelak. InsyaAllah.







Tadi abah dah buat appoitment dengan doktor untuk sunatkan amin esok jam 9 malam.
Lepas amin dah sunat, nak sunat abang aqif pulak dalam 2 minggu depan.

Aqif falah : 3 tahun, 4 bulan, 24 hari.
Amin falah : 10 hari
bandar baru bangi

best la dah sunat...amin. nnti kita sunatkan aqif ngan ali sesame...hihih cadangnye nak jgk sunatkn ali time dia tgh kcik nih...6 thn dah ok kot.

klu farid nak tukar fotopages, ju cadangkan ke weebly.com. bleh klik kt link tgk contoh. snang nak create ikut kehendak kita.
Tue 3-Mar-2009 02:12
Posted by:sricandid photographer sricandid@gmail.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 8-Feb-2009 16:00 Email | Share | | Bookmark
Hari ke 9


Nampaak tak di mana amin.


Amin tidor di sini dengan style macam ni. gaya telangkup.


Abang jaga adik.

aqif falah, 3 tahun, 4 bulan, 23 hari
amin falah 9 hari
bandar baru bangi

Tahniah kepada Farid dan isteri atas kelahiran baby baru. Semoga Amin menjadi anak yang soleh, InsyaAllah. Salam dari kedinginan snow @ Nottingham. Sun 8-Feb-2009 19:41
Posted by:ShahDeans
terima kasih abang budin. Sun 8-Feb-2009 23:23
Posted by:farid  - [Link]
Add comment


Saturday, 7-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
AMIN FALAH HARI KE 8


Amin falah hari ke 8. nampak bertambah sihat anak abah dan ibu ni. Amin baru lepas mandi. Nampak segar.


Pusat amin dah tanggal. Lepas ni boleh sunat pulak. Abah cadang nak sunatkan amin dalam bulan februari ini.

aqif falah 3 tahun, 4 bulan , 22 hari
amin falah 8 hari
bandar baru bangi

Care to comment?


Friday, 6-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
HANTAR SUSU IBU PUKUL 1 PAGI

pukul 1 pagi abah dan ibu pergi semula ke hospital putrajaya untuk hantar susu ibu kepada amin. Alhamdulillah quard dan nurse hospital bagi kami masuk sampai ke pintu bilik rawatan dan serah satu botol susu ibu. Dapat sikit amin minum susu ibu hilangkan dahaga. Amin biasa banyak minum susu diwaktu tengah malam.

AMIN FALAH KELUAR HOSPITAL, DEMAM KUNING DAH KURANG


Alhamdulillah, lepas solat jumaat amin falah dah boleh keluar hospital. Menurut nurse demam kuning amin dah berkurangan.

HAPPY BIRTHDAY ATOK JIBEK


Aqif falah tiup lilin dulu sebelum atok tiup.


Happy birthday atok jibek yang ke - 60. Semoga sihat, ceria dan gembira sentiasa. Dimurahkan rezeki dan diberkati umur. Sayang atok jibek

aqif falah 3 tahun 4 bulan 21 hari
amin falah 7 hari
bandar baru bangi

Care to comment?


Thursday, 5-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
TIDUR DENGAN ADIK AMIN


Aqif tidur dengan amin.
Bila kita tanya aqif apa nama adik, aqif cakap nama adik, rashid.

AMIN MASUK WAD KERANA DEMAM KUNING

Petang ini amin terpaksa dimasukkan ke hospital putrajaya kerana tahamp demam kuning yang tinggi. Kami hanya dapat temankan amin di hospital sampai pukul 10 malam je. Tiada wad kosong untuk ibu dan amin bermalam. Amin ditempat di pusat rawatan NICU. Diletakkan dibawah lampu bewarna ungu.

aqif falah 3 tahun, 4 bulan, 20 hari
amin falah 6 hari
bandar baru bangi

Care to comment?


Wednesday, 4-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
AMIN FALAH 5 HARI


Nangis nak susu ibu.

aqif falah 3 tahun, 4 bulan, 19 hari
amin falah 5 hari
bandar baru bangi

Care to comment?


Tuesday, 3-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
AMIN FALAH 4 HARI


amin falah 4 hari.

aqif falah 3 tahun 4 bulan 18 hari
bandar baru bangi

Care to comment?


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.