Want your
own Fotopage?






 
aqif & amin FotoPage

By: aqif amin falah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Mandi


Setiap pagi maktok yang mandikan amin. Abah tak berani lagi nak mandikan amin. Yang abah berani dukung amin dan bagi burrkkk amin lepas minum susu. Ibu masih lemah nak mandikan amin. Sukar untuk ibu duduk mencangkung himpit perut ibu yang luka kalau nak mandikan amin.

abah aqif & amin

Aqif falah 3 tahun, 5 bulan, 4 hari
Amin falah 21 hari

Care to comment?


Thursday, 19-Feb-2009 23:23 Email | Share | | Bookmark
Happy birthday Cik Nani




Ini birthday cik nani. Tapi seperti biasa aqif ingat ini birthday aqif.

aqif falah 3 tahun, 5 bulan, 3 hari
amin falah 20 hari
bandar baru bangi

Care to comment?


Wednesday, 18-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Aqif & Amin BOTAK


Aqif

Amin

Petang tadi potong rambut aqif. Time mereka tidor je sekarang sempat ambik gambar.

Aqif falah 3 tahun, 5 bulan, 2 hari
Amin falah 19 hari
Bandar Baru Bangi

Care to comment?


Tuesday, 17-Feb-2009 15:53 Email | Share | | Bookmark
Mari Kongsi Gambar, Video dan Cerita Keluarga

Kepada Sedaro-sedaro, saudara mara dan rakan rakan sekalian sebelah ibu dan abah aqif amin falah,
Mari kita berkongsi gambar dan cerita keluarga di fotopages ini. Cerita lah apa-apa pun berkenaan keluarga. Cerita dapat baby baru ke, hari jadi ke, jemputan kahwin ke, nak cukur jambul ke, tahlil, nak ajak holiday ke, tentang saudara yang sakit ke dan berita kematian pun boleh. Tujuan supaya kita saling kenal mengenali. Rasanya ramai yang nak tahu apa perkembangan terbaru keluarga di perlis, kedah, perak, selangor, johor, negeri sembilan, melaka, terengganu, kelantan, pahang, kuala lumpur, langat, kangar, semenyih, serdang, london, indonesia, tanah arab, amerika. Boleh hantar khabar terus ke ruangan 'care to comment' atau email ke tajuddinfarid@gmail.com. Menerusi email boleh hantar gambar dan video.

Ok, ini contoh gambar keluarga ambik sendiri dan ada cerita sikit

farid, aqif dan aimi. masa ni kat hospital putrajaya. Tunggu masa nak deliver baby baru.

atau tanpa gambar,

makngah sihat. hari hari pergi surau. kalau senang datang la ke rumah makngah di ipoh. Makngah boleh masak ikan keli pedas.

macam tu la contoh nak hantar khabar berita.

kalau nak hantar video pun boleh.
gambar dan video send ke tajuddinfarid@gmail.com


abah aqif & amin
farid tajuddin

Care to comment?


Tuesday, 17-Feb-2009 15:33 Email | Share | | Bookmark
Ambik darah


Petang tadi ke klinik kesihatan bangi untuk periksa darah amin falah. Demam kuning belum reda lagi. Baru tahap 8. Sepatutnya hari ini dah tahap 7, tahap yang selamat. Jadi doktor bangi minta kita ke hospital putrajaya untuk pemeriksaan lanjut. Ambik darah lagi di hospital putrajaya. Kali ini banyak darah diambil. Doktor akan analisa darah amin untuk kenal pasti apa punca demam kuning amin masih belum pulih walau umur amin dah lebih 14 minggu. Amin jerit sekuat hari masa doktor ambik darah. Mungkin kerana abah, ibu dan maktok takde dekat amin. Kami diminta tunggu diluar bilik rawatan masa doktor ambik darah amin. Minggu depan baru dapat tahu keputusan analisa darah.


Aqif Falah dah tidur sejak pukul 8.30 malam tadi di surau. Khusuk sangat dengar ceramah sampai tidur. Aqif sekarang dah kurang cakap jerit-jerit. Dah pandai kawal suara. Kat surau aqif cakap bisik bisik dengan abah. Maknanya aqif dah tahu menghormati orang. Sejuk perut ibu mengandung.
Selain itu, aqif dah tak bangun tengah malam mintak susu. Ni kalau tidor sampai lepas subuh la baru bangun. Diper pun dah tak pakai time tidor. Kadang kadang kencing malam basah tilam, kadang kadang tak kencing malam. Lagi satu aqif sekarang dah tak mintak nak tido kat katil abah dan ibu. Dah pandai tidor kat tilam sendiri. Mungkin ini kerana aqif dah tahu dia sekarang dah jadi abang.

Ibu nampak semakin ceria hari ini. Dah kurang baring berbanding semalam.

aqif falah 3 tahun 5 bulan 1 hari
amin falah 18 hari
bandar baru bangi

Care to comment?


Monday, 16-Feb-2009 16:01 Email | Share | | Bookmark
Aqif Falah dah 3 tahun, 5 bulan


Hari ini genap aqif falah 3 tahun, 5 bulan. Cepat betul abah rasa umur aqif meningkat. Macam ada yang mist rasanye. Abah rancang nak bawa aqif pergi library bangi dan swimming di ukm. Bila? Sabar sabar.
Satu lagi perkataan trademark aqif . BOTAK. Suka cakap orang botak. Cikgu tadika pun aqif cakap botak walaupun tak botak.


Tapi amin tak boleh lagi nak bawa pergi library dan swimming. Amin baru 17 hari. Untuk amin, abah rancang nak bawa ke surau umur 1 bulan nanti. Bagi dengar bacaan imam sedang solat berjemaah.

Ibu hari ini nampak ceria semula. Sakit di perut dah kurang. Harap ibu terus sembuh.

aqif falah 3 tahun, 5 bulan, 0 hari
amin falah 17 hari

Care to comment?


Sunday, 15-Feb-2009 14:31 Email | Share | | Bookmark
sama sama tidor


amin falah 16 hari

aqif falah 3 tahun, 4 bulan, 30 hari

Kedua dua gambar ini dirakam pada pukul 10.09 malam. Sama sama serentak tidor.

Tempat luka ibu diperut sakit semula. Mungkin disebabkan amin kuat minum susu semalam dan hari ini. Apabila amin hisap susu banyak, seluruh badan ibu terpaksa menghasilkan susu yang banyak juga. Jadi seluruh badan tumpukan pada penghasilan susu. Jadi luka pada perut itu kekurangan bahan untuk membaiki luka. Jadi luka pada perut ibu berdenyut denyut. Berdenyut bukan sahaja diluar tapi sakit juga terasa di dalam perut ibu. Ibu tak banyak bergerak hari ini. Menahan sakit. Lebih banyak terbaring dari berdiri.

abah aqif amin

Care to comment?


Saturday, 14-Feb-2009 14:36 Email | Share | | Bookmark
15 hari


aqif tengah agah adik amin yang sedang tidor

antara perkataan menjadi identiti aqif falah ialah JIBEK, BOTAK, EEE TAK MALU.

kartun kesukaan aqif falah. TELE TUBBIES, ULTRAMAN, WONDER PET, TOM & JERRY, SPONGEBOB, UPIN DAN IPIN.

filem paling disukai. MR BEAN HOLIDAY. filem ni hari hari aqif tonton.

lagu nasyid paling digemari. ALIF BA TA.

perkembangan amin falah. Kini dah boleh angkat kepala sikit sikit.

aqif falah. 3 tahun, 4 bulan, 29 hari
amin falah 15 hari.

Care to comment?


Friday, 13-Feb-2009 15:12 Email | Share | | Bookmark
14 hari


Petang tadi pergi klinik lagi untuk check tahap deman kuning amin. Alhamdulillah telah turun dari tahap 13 ke tahap 10. Target mesti tahap 7 ke bawah baru boleh kata demam kuning telah reda. Hari selasa ini kena datang klinik lagi untuk pemeriksaan demam kuning.

Aqif Falah 3 tahun, 4 bulan, 28 hari
Amin Falah 14 hari.

Care to comment?


Thursday, 12-Feb-2009 15:36 Email | Share | | Bookmark
Tahlil





Alhamdulillah semua daging kambing aqeqah dah selamat diagihkan kepada anak yatim rumah pengasih warga perihatin sungai ramal baru, jiran-jiran dan jemaah surau As-sobah bandar baru bangi.

Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa selamat pun dah selesai. Buat di surau As-sobah.

Kari daging dimasak oleh wan ani dan abang asri surau memang sedap.

Aqif falah , 3 tahun, 4 bulan, 27 hari
Amin falah, 13 hari
Bandar Baru Bangi

Care to comment?


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.